- adakah pendapatan bertambah sejajar dengan peningkatan kos? secara kasar kita boleh lihat perbelanjaan sendiri dahulu, ada atau tidak pertambahan lebihan belanja/ simpanan/ pelaburan daripada pendapatan bulanan? jikalau tiada atau negatif, peningkatan kos sara hidup melebihi peningkatan pendapatan.
- berapa cepat kita boleh kejar peningkatan kos sara hidup dengan peningkatan pendapatan? ingat, jika kamu adalah pekerja yang menyumbang kepada KWSP dan membayar cukai, tahap percukaian adalah berbeza mengikut pendapatan. Ya, ada rebat/ pengecualian tetapi itu ada tahapnya. secara kasar jika kamu memperolehi pendapatan keseluruhan RM80k ke atas setahun, cukai pendapatan sahaja boleh menyebabkan gaji bersih seumpama pendapatan RM50k. besar periuk, besar lah keraknya ye
- berapa ramai antara kita boleh berbelanja dibawah paras pendapatan. Ya, bukan pada paras pendapatan, tetapi dibawahnya. contoh, jika kamu mampu membayar ansuran kereta RM1000 sebulan, berapa ramai yang akan membeli kereta untuk ansuran RM1000 itu berbanding dengan mereka yang memilih untuk membayar ansuran kurang dari itu. secara ringkasnya RM1000 ansuran untuk 9 tahun membolehkan kamu membeli model Proton Suprima S dengan d/p 10%, 3% interest.
- renungkan, para atuk nenek kita bukannya memperolehi jumlah pendapatan seperti kita sekarang tetapi mereka boleh mengumpul harta, tanah yang boleh diwarisi kepada generasi seterusnya. kenapa kita sekarang nampak perkara ini seperti benda yang jauh dari jangkauan?
A summary of what crossed my mind, just to share with you guys. Usually covers my work, current issues and whatnot. If you have feedback, share with me in the comment section. Thanks!
Tuesday, September 3, 2013
kos sara hidup versus peningkatan pendapatan?
setengah orang fikir tak mengapa kalau kos sara hidup meningkat asalkan pendapatan meningkat. pemikiran sebegini betul juga kalau fikir sebegitu tetapi:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment